Monday, December 13, 2010
Wednesday, September 1, 2010
1 MALAYSIA MENJANA TRANFORMASI
Blogged with the Flock Browser
click to create your own
31 Ogos
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Labels:
TEKS MERDEKA
Tuesday, August 17, 2010
Thursday, August 12, 2010
Labels:
TEKS
Tuesday, June 22, 2010
SEMAKAN DOKUMEN ASET DAN STOR DI PKG PINTAS PUDING PARIT RAJA PADA 17.JUN.2010
Taklimat di sampaikan oleh cik Hamsiah bt Mohamad Pegawai dari PPD Batu Pahat
PPM dari Zon Pt Sulong hadir dengan pakaian seragam Zon nampak ayu dan menawan...
Labels:
BENGKEL
Monday, May 17, 2010
SELAMAT HARI GURU UNTUK GURU-GURU MALAYSIA
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Labels:
SAJAK
Saturday, May 8, 2010
SELAMAT HARI IBU UNTUK IBU-IBU DI MALAYSIA
Ibuku
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Sajak Untuk Ibu
Siapalah daku tanpa dirimu
Walaupun kau sering memarahiku
Daku tidak pernah kecewa
Kata-katamu bak mutiara
Kerana ku tahu disebalik kekatamu itu
Terselindung secebis kasih seorang Ibu terhadap anaknya...
ku pasti setiap nasihat itu adalah untuk
kebaikan diriku...
Mengajarku erti sebuah kehidupan
Ibu….
Daku telah banyak berdosa kepadamu
Dapatkah daku membalas jasa baktimu
Yang laksana pepasir di pantai
Yang telah menyabung nyawa demi melahirkan diriku
Yang tidak jemu-jemu mendengar tangisanku semasa kecil
Dan menatap wajahku yang hina ini...
Sempena Hari Ibu
Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
Agar dipanjangkan umur dan sentiasa bahagia
Disamping keluarga tercinta...
Labels:
TEKS
Friday, April 30, 2010
Friday, March 26, 2010
Monday, March 22, 2010
TERIMA KASIH DAUN KELADI
ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.....TERIMA KASIH DAUN KELADI...ADA KURSUS KITA PANGGIL TUAN HJ ZEK DATANG LAGI.
Pengerusi PPM Batu PahatPuan Rosidah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Zailudin
pegawai PPD Batu Pahat.
Labels:
FOTO
Friday, March 19, 2010
Saturday, February 13, 2010
CHICKEN CHOP
Bahan-bahannya
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair
beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.
NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.
Labels:
RESEPI AYAM
Thursday, February 11, 2010
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan
* 2 biji bawang besar-diblender
* 6 biji bawang putih-diblender
* sedikit halia-diblender
* 10 batang lada kering-diblender
* 1 biji bawang merah-di hiris bulat2
* kayu manis,bunga cengkih etc
* sebatang serai-diketuk
* 2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
* 1 biji tomato-dibelah 4
* sedikit kacang peas
* 2 sudu besar tomato puree
* daun ketumbar
* garam,serbuk perasa
Cara membuat
1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.
Labels:
RESEPI AYAM
RINNCHAN'S NOODLES
Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn
1 mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur
Cara-cara:
Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
Masukkan lada putih dan lada hitam.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat. Masukkan
garam dan gula.
Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.
Labels:
RESEPI MEE
NASI ARAB
Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam
Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
Cara
Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori
AYAM TANDOORI
Sumber: Hanieliza
Bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit
5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam
Cara
Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.
Labels:
RESEPI NASI
NASI AYAM GORENG
Bahan-bahannya
2 mangkuk nasi ayam
½ cawan sayur campur
2 biji telur
sedikit serbuk lada sulah
sedikit kicap cair
secukup minyak untuk menumis
Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali dan goreng untuk pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata.
Angkat dan letakkan diatas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng Madu/ Ayam Goreng Ketumbar dan Sambal Nasi Ayam.
Nota: Warna Nasi Ayam Goreng haruslah coklat cair sikit. Resipi ini tidak perlu menggunakan bawang putih sebagainya kerana rempah tersebut telah pun ada sewaktu kita menyediakan Nasi Ayam.
Labels:
RESEPI NASI
Tuesday, February 9, 2010
GAMBAR PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH ZON BAGAN BERSAMA TUAN HJ MOHD ZAILUDIN B SALIMON DI PKG BAGAN
BERDIRI DARI KANAN PN.SALHA(SK SERI JASA SEPAKAT)PN.ARIZAN(SK PENGKALAN)PN.NORAZURA (SK PENGHULU SALLEH)PN.WAN SAPINAH (SK SERI PADANG SARI)PN.SUHANA (SK SEPARAP)PN.JUNAINA(SK PENGHULU SALLEH)PN.SITI RAFIDAH (SK LUBUK)PN.MASIAH(SK SERI LAKSANA)CIK SITI NOORIHAN (SK PESERIAN)PN.JULAIHA (SK PESERAI)PN.SUHAILI (SK GAMBUT)PN RAZIMAH (SK SERI MAKMOR)
DUDUK DARI KANAN PN.AMINAH (SK SERI UTAMA)PN.ZANARIAH (SK SG KAJANG) PN AZIZAH (SK PESERAI)TUAN HAJI MOHD ZAILUDIN(PEGAWAI DARI PPD BATU PAHAT)PN NORANI (SK SEKAWAN DESA)
CIK ZARITA (SK BAGAN)
Labels:
FOTO
NASI PAELLA/PILAU
Bahan-bahannya;
A/
olive oil atau butter
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
250gm dada ayam-potong dadu
2 tomato-buang kulit, biji dan chop
3 cawan beras-cuci dan drain
3 cawan stock ayam + 1 cawan extra
Secubit saffron atau 1 tsp kunyit atau yellow coloring
B/
500gm udang besar- bersihkan dan buang ekor
2 ekor sotong besar - potong bulat
500gm mussel/clam - bersihkan (optional)
200gm black pepper sausage - hiris serong
1 cawan frozen peas
1 green dan 1 red capsicum - potong panjang/dadu
Garam dan ground black pepper dan paprika powder
Lemon - potong wedge untuk perah atas (optional)
1. Panaskan minyak/butter, tumis bawang, garlic dan masukkan ayam. Gaul hingga masak. Ketepikan.
2. Guna paella pan atau non stick pan atau rice cooker, panaskan minyak/butter, stir fry beras dulu untuk satu minit.
3. Jika guna saffron, masukkan saffron dalam stok ayam. Masukkan 3 cawan stock ayam dan masak api sederhana (beras sama rata dgn air) hingga hampir masak.Jika guna rice cooker, transferkan ke rice cooker. Jika perlu, tambahkan 1 cawan stock lagi.
4. Sementara itu, guna minyak atau butter sikit untuk stir fry udang, sotong dan mussel, masukkan garam dan fresh grounded black pepper. Ketepikan.
5. Tumis tomato, peas dan capsicum dgn butter atau sikit minyak, ketepikan.
6. Bila nasi hampir kering, masukkan bahan2 yang diketepikan (ayam, udang, sotong, mussel, sausage, tomato, capsicum dan kacang peas). Tambahkan rasa, kalau nak pedas sikit tambah paprika powder dan gaul sekali sekala sahaja. Tutup hingga masak.
Nota:
- Optional tak payah stir fry bahan2, terus campak dalam beras dan masak sekali tapi saya suka stir fry sikit biar seal rasa bahan2.
- Buat guna beras Basmathi, pernah try calrose tapi jadi sticky dan beras siam wangi tak sesuai pasal bau akan spoilkan dish ni
- Original just guna olive oil tapi I use butter for richer taste
- Boleh campak apa saje kalau nak
Labels:
RESEPI NASI
NASI LEMAK PANDAN
Bahan-bahan
1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
garam secukup rasa
Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar, digoreng
1 kg kepak ayam, digoreng
250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
beberapa helai daun pisang
Cara Menyediakan
Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.
Cara menghidang
Alas pinggan dengan sehelai daun pisang. Ambil satu mangkuk nasi, letakkan ditengah-tengah pinggan. Atur disekelilingna dengan sedikit sambal, seekor ikan goreng, sekeping ayam goreng, ikan bilis, beberapa hirisan timun dan rempeyek atau keropok belinjau. Nasi ini cukup untuk hidangan 10 orang.
Labels:
RESEPI NASI
NASI LEMAK
Bahan-bahan :
2 cawan beras
3 cawan santan }dari setengah biji kelapa.
( kalau beras lembut kurang kan santan jadi 2 3/4 cawan saje)
1 cm halia } di mayang - jika suka
2 kuntum bunga cengkih - jika suka
1 helai daun pandan }disimpul
garam secukup rasa
Cara membuat :
Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras dlm periuk ( senang guna rice cooker), masukkan semua bahan2 di atas.
Masak seperti nasi biasa.
Bila nasi kering, gembur-gemburkan.
Angkat, hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis, ikan bilis goreng, kacang tanah yang digoreng , telur rebus dan timun.
Nota: Jika tak mau letak cengkih dan halia pun boleh juga..tapi kak Noor lebih suka letak cengkih dgn halia sbb nanti nasik lemak tu lebih harum semerbak..
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
Bahan-bahan:
1 mangkuk kecil ikan bilis
15-20 tangkai cili kering }dikisar - jika nak pedas tambah lagi
5 ulas bawang merah }dikisar
1/2 labu bawang besar }dihiris
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
sedikit air asam jawa
air secukupnya
minyak masak untuk menumis
Cara membuat:
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bawang kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing kemudian masukkan cili kisar.
Goreng sehingga pecah minyak dgn api yg perlahan
Kemudian masukan sedikit air, air asam jawa, gula melaka dan garam.
Biar kan mendidih. Kemudian masukkan ikan bilis.
Biarkan sedikit kering, kemudian masukkan bawang besar.
Kacau sehingga bawang layu dan kuah jadi pekat bolehlah diangkat.
Nota: Jika tak nak letak bawang hiris pun boleh hanya guna bawang merah kisar dlm 5-7 ulas utk menumis
Utk menghasilkan sambal tumis yg sedap , pastikan tumis cili kisar sehingga betul2 masak/garing.
Labels:
RESEPI NASI
NASI KERABU TERENGGANU
Nasi:
3 cawan beras biasa
4 cawan air
1 batang serai } diketuk
10 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru
Cara memasak:
Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama serai, air bunga talang atau pewarna biru hingga masak.
Cara menghidang:
Sendukkan nasi ke dalam pinggan.
Letakkkan sedikit sambal kelapa/ikan, cili padi jeruk, tumis belacan diakhiri dengan ulam.
Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, keropok goreng, budu, daging bakar, ayam bakar dan ikan goreng celup tepung.
Sambal kelapa/ikan:
1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
2-3 ekor ikan kembung/selayang dipanggang
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
Kemudian campurkan kelapa parut kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.
Sambal Cili Padi
Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai.
Campurkan 1 sudu kecil garam, 2 sudu besar gula dan ? cawan cuka.
Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.
Kuah Tumis Belacan
2 inci belacan, dibakar
5 biji cili kering }ditumbuk
5 ulas bawang merah} ditumbuk
2 ulas bawang putih }ditumbuk
1.5 cm halia }ditumbuk
1 batang serai, dititik
sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka
1/2 biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan
2 sudu air asam jawa
Cara membuat:
Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan bahan-bahan tumbuk, belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.
Masak lagi hingga pekat dan agak kering.
Sesuaikan rasa dan angkat.
Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.
2 helai daun kunyit
5 helai daun cekur
10 tangkai daun kesum
5 tangkai daun selasih/kemangi
5 batang kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
1 biji timun
5 biji bawang putih jeruk
1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya
Solok Lada
10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji
1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
2-3 ekor ikan kembung/selayang, ambil isinya sahaja
sedikit garam, gula dan serbuk perasa
Cara membuat:
Tumbuk bawang dan halia hingga lumat kemudian masukkan garam, gula dan isi ikan.
Tumbuk lagi hingga lumat.
Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.
Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.
Susunkan ke dalam periuk kukus.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak
Ikan Goreng Celup Tepung
6 ekor ikan }dibersihkan dan tos
1 cawan tepung beras
sedikit air kapur
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Bancuh tepung beras bersama air kapur, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.
Panaskan minyak.
Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.
Labels:
RESEPI NASI
Nasi Dagang kelantan
Kalau buat gulai ikan aya nih.. tak guna rempah kari..n tak tumis pun
kalau nasi dagang tu plak.. either ratio pulut : beras.. 1:3 [terpulang jenis beras..beras siam kan dah mcm sticky sket.. so pulut tu kurangkan la]
biasanya buat nasi dagang nih dgn gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal kelapa
Gulai ikan tongkol
1 ekor ikan tongkol yg sederhana beso - rebus dgn sedikit garam, asam keping n sehiris dua kunyit hidup [kalau takde ganti je dgn tenggiri or ganti ayam pun bleh gak]
2 tbsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan manis
1 tsp jintan putih
dikisar halus2:
10 cili kering - seeded, rendam n toskan
6 bwg merah
4 bwg putih
halia
lengkuas sket
asam keping/ belimbing buluh
4 cawan santan dari 1 1/2 biji kelapa [ kalau kelapa beso sebiji pun dah cukup..ikut suka nak lemak ke tak]
cili padi [atau leh ganti dgn cili merah dan hijau yg dibelah 2]
gula melaka sket
garam secukup rasa
1. renih santan dlm periuk..
2. masukkan bahan kisar dan rempah ke dalm santan.. kacau rata n renih lagi hingga mendidih..
3. masukkan ikan, asam keping dan gula melaka..perisakan garam secukupnya
4. masak hingga agak pekat then masukkan cili padi dan belimbing[kalau guna belimbing.. asam keping tu taruk skettt je]
5. renih sampai agak2 dah pecah minyak tu.. then bleh la diangkat
Labels:
RESEPI NASI
NASI DAGANG TERENGGANU
Bahan-bahan
3 cawan beras
1 cawan beras pulut
sedikit halba
2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
3 helai daun pandan
Bhn utk DiMayang
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
Cara-cara membuatnya
1.Beras dan pulut disatukan dan dibersihkan. Rendam
semalaman.
2.Ambil periuk pengukus dan belah dua atau
tiga daun pandan kemudian aturkan silang menyilang
atas periuk pengukus. Tujuannya bagi mengelakkan
beras daripada banyak jatuh kedalam lubang pengukus
dan baunya yang sedap. Kukus hingga masak.
3.Apabila sudah masak masukkan pulut kedalam
mangkuk besar. Gaul dengan santan yang telah
dibubuh garam, bahan-bahan yang sudah dimayang
serta halba sehingga samarata.
4.Kukuskan sekali lagi sehingga nasi tanak.
5.Angkat nasi dagang sudah dimasak dan hidangkan
bersama gulai nasi dagang dan acar.
GULAI IKAN TONGKOL UNTUK NASI DAGANG
1 ekor ikan tongkol/tenggiri...]
6 kepng asam keping............] potong...bersih dan rebuskan
garam secukupnya................]
3 s/b rempah kari ikan
2 s/b cili mesin
4 ulas bawang kecil....tumbuk halus
lengkuas...tumbuk kasar
2 cawan santan pekat
1 s/b gula merah
1 s/b kerisik
air asam jawa secukupnya
minyak unyuk tumis
cili api dan belimbing buluh
Cara memasak:
1. Tumiskan bawang sehingga wangi. Masukkan cili dan rempah kari yang dibancuh dgn sedikit air asam jawa. Biarkan garing.
2. Masukkan rebusan ikan dan santan. Biarkan mendideh.
3. Perlahan api dan masukkan kerisik, gula merah, belimbing buluh dan cili api.
4. Biarkan api perlahan-lahan sehingga gulai naik minyak.
ACAR TIMUN
Timun
Lobak Merah (Carrot)
Cili merah & Hijau
Bawang Besar Cuka
gula dan garam
Air kapur
Cara.
1. Timun dipotong 2 inci dan buangkan biji tengahnya. Mayang halus saperti batang macis.
2. Lobah merah, cili merah & cili hijau dimayang halus saperti timun juga.
3. Bawang besar dibelah 2 dan mayang halus juga.
4. Rendamkan semua bahan yang dimayang dalam besen besar yg berisi air kapur selama 30 minit. Tapiskan dan biarkan sehingga kering.
5. Gaulkan gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
6. Masukkan semua bahan dalam bancuhan cuka. Gaul rata.
7. Hidangkan bersama nasi dagang.
Labels:
RESEPI NASI
NASI TOMATO BERLAUK
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air - kandungan air bergtg kpd jenis beras samada perlu tambah atau kurang
3/4 cawan susu cair
1 kg ayam
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji buah tomato } dicincang
2 sudu besar tomato puri
1/2 cawan kacang pea (frozen peas)
2 sudu besar kismis
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan
Bahan tumis:
3 sudu besar minyak sapi atau majerin
6 biji bawang merah } dimayang
3 ulas bawang putih } dimayang
2 cm halia } dimayang
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
Cara membuat:
Ayam dipotong kecil, dibersihkan lumur sedikit garam dan sesudu kicap cair kemudian dipanggang di dalam oven hingga masak.
Panaskan minyak sapi/majerin ke dalam periuk.
Masukkan bahan-bahan yg telah dimayang, goreng sehingga wangi dan garing kemudian masukkan bahan tumis yg lain
Kacau sebentar kemudian masukkan rempah kari , serbuk lada sulah dan rempah kurma.
Kacau sekejap kemudian masukkan air, susu cair, garam, buah tomato dan tomato puri.
Bila menggelegak, masukkan beras.
Bila nasi hampir masak masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis , kacang peas dan ayam
Tutup periuk rapat-rapat.
Bila nasi masak kacau/gemburkan perlahan-lahan sehingga rata.
Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
Sedap dimakan bersama dalca, acar buah dll.
Labels:
RESEPI NASI
NASI BERIANI JOHOR
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air (bergantung kpd jenis beras yg digunakan samada perlu tambah/kurang)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tairu (plain/natural yogurt)
3 sudu besar minyak sapi
50 g gajus } digoreng
50 g kismis
1 sudu besar air mawar
sedikit pewarna kuning
1 sudu kecil rempah beriani
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng } hiasan
Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih hingga naik baunya.
Masukkan bahan-bahan yg dikisar serta rempah beriani tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt
Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.
Apabila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kismis, gajus, renjiskan air mawar dan pewarna kuning
Kacau/gemburkan perlahan-lahan dgn menggunakan garpu.
Tutup periuk dan biarkan berwap kembali selama lebih kurang 20 minit.
Angkat bolehlah ditaburkan dengan bawang goreng.
Labels:
RESEPI NASI
NASI AYAM
Bahan Perap untuk Ayam (semuanya diagak-agak saja
Paprika
Serbuk Bawang Putih
Gula dan madu
kicap cair masin
garam (sikit aje)- sebab kicap dah masin
minyak bijan
5-spice powder (optional)
Perap selama lebih kurang 30 minit dan kemudian digoreng. Boleh juga dipanggang di dalam oven jika nak healthy punya version.
Bahan Untuk Nasi Ayam
Kisar lada putih, halia dan bawang besar (agak-agak aje)
setengah biji bawang besar kuning ( yellow onion)
setengah cawan mentega
2 kiub perasa ayam ( knorr atau maggie)
3-4 helai daun pandan.
5 camt garam (atau agak-agak)
1 camt ajinomoto
serbuk kunyit (sikit aje untuk kasi warna kuning sedikit)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng bahan-bahan di atas.
2. Basuh nasi dahulu dan setelah di sukat masukkan bahan gorengan di atas bersama nasi tadi dan dikacau sedikit.
3. masukkan bahan yang selebihnya seperti serbuk kunyit dan lain-lain di atas.
Sos Nasi Ayam
1-2 cawan soya sos (agak-agak)
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap hitam pekat
1 camt ajinomoto
2 camB gula
garlic + ginger (dalam 1 camt of each).
black pepper + garam (secukup rasa)
Sos Cili Nasi Ayam
5 cawan cili kering ( yang dah di jerang dan disejukkan semalaman)
1 cawan kicap (kicap masin)
1-2 sudu besar bawang putih (yang dah siap di potong)
1-2 sudu besar halia
garam dan gula secukup rasa.
Sup Nasi Ayam
2 kiub perasa ayam
@ guna chicken broth (boleh rebus ayam dan airnya boleh dibuat sup)
Air - 5-10 cawan (agak-agak) dan rasa ikut sedap
Daun bawang.
Bahan Hiasan Sebelum Menghidang Atas Pinggan
- Hirisan potongan timun
- Hirisan Buah Tomota
- Daun Salad
- Potongan Daun Bawang
- Bawang Goreng ( yang ditaburkan di atas nasi).
TIPS
CARA MEMBUAT NASI AYAM YANG LEMBUT
Macammana nak buat nasi ayam supaya nasinya tidak kembang seakan lembut; walaupun air sup yang saya masukkan sedikit sahaja.
Nasi Ayam yg cukup sedap hendaklah dicampur dengan beras wangi. Jika menggunakan 300 g beras biasa, campur dengan 150 g beras wangi kerana ini akan mengharumkan lagi nasi tersebut. Secara amnya, gunakan hanya 800 ml cecair (sebagai contoh, 600 ml air + 200 ml air rebusan ayam) untuk memasak dan jangan terlalu dikacau kerana butir beras akan hancur dan nasi tidak cantik.
Boleh juga gantikan air rebusan/stok tadi dengan 2 camb stok pekat ayam (di dalam botol). Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi kemudian asingkan minyaknya. Beras di'goreng' dengan bawang tadi hingga kering airnya sebelum memasukkan cecair dan dimasak seperti biasa (di dalam electric rice cooker). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi.
BAGAIMANA MEWANGIKAN NASI AYAM?
Kenapa ada sesetengah nasi ayam ada bau wangi pada nasinya seperti ada margerine di dalamnya. Masa bila hendak diletak, ketika menumis ker atau semasa memasak nasi? Dan how to get those gula karamel pada ayam. bagaimana nak mendapatkan gula karamel?
Gunakan separuh minyak dan separuh lagi marjerin ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Gula karamel yg anda maksudkan itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).
GULA KARAMEL
(untuk Caramel Custard dsbnya)
75 g gula kaster
120 ml air
Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).
Labels:
RESEPI NASI
NASI MINYAK ISTIMEWA
Bahan-bahan
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar mentega atau marjerin
A
2 labu bawang besar, dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 cm hala, dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga, dititik
3 cawan air
½ cawan Krimer Sejat Rendah Lemak IDEAL
500 gm beras basmati, basuh & tuskan
3 camca teh Serbuk Pati Ayam MAGGI
B
¼ cawan bawang goreng
¼ cawan kismis
1 biji hirisan cili merah
daun pudina
Cara Menyediakan:
Panaskan minyak sapi dan mentega tumis bahan A hingga wangi.
Masukkan air, Susu Sejat dan beras.
Masukkan Pati MAGGI dan masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak.
Taburkan bahan B sebagai hiasan.
Labels:
RESEPI NASI
MAKARONI BAKAR
Bahan-bahannya;
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega
Bahan inti:
500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang
30 mentega
1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
? sudu kecil oregano kering atau parsley kering
175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut
Cara membuat:
Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.
Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.
Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega
Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara
Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .
Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut, lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.
Bakar didlm oven pd suhu 180’C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan
Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka
Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparut
garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Cara membuat sos putih:
Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.
Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur.
Kacau sebati ketepikan
Labels:
RESEPI PASTA
MACARONI GORENG BANDUNG
200g macaroni
1 peket perencah mee bandung
Bawang merah & bawang putih (ditumbuk)
Cili giling
Tuna dlm tin
Daging kisar
Isi ketam
Mix vege
Daun sup & daun bawang
Cili merah
Serbuk lada sulah
Garam
Minyak
CARA-CARA :-
1. Sediakan macaroni dengan merebus.
2. Tumis bahan tumbuk.
3. Masukkan perencah mee bandung & tumis hingga kering.
4. Apabila garing, masukkan tuna, isi ketam & daging kisar.
5. Masukkan mix vege & gaul rata.
6. Masukkan macaroni.
7. Serasikan garam & serbuk lada sulahnya.
8. Tabur daun sup, daun bawang & cili hiris.
lebih kurang gitu ler resepinyer...
Labels:
RESEPI PASTA
Spaghetti Bolognese
Bahan – bahan
Sebungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak
sedikit olive oil untuk menumis
500gm daging cincang
sebiji bawang besar
1/2 tin tomato puree
1 sendok tomato sauce
sebiji tomato )
sebatang carrot } potong dadu
1/2 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil serbuk basil
1/2 sudu kecil serbuk paprika
Keju parut Parmesan secukupnya
2 helai daun bay
Cara membuatnya :
1. Tumiskan bawang besar hingga naik baunya
2. Masukkan daging cincang, biarkan seketika
3. Masukkan pula tomato puree dan sedikit tomato sauce . Kacau lagi
4. Masukkan,oregano,basil, paprika dan daun bay
5. Masukkan pula carrot dan tomato ...juga garam dan gula secukupnya
6. Kacaukan sekali sekala hingga masak
7. Semasa menghidang , letakkan kuah dan keju parut diatas spaghetti .
Labels:
RESEPI PASTA
Spaghetti/Linguine/Fettucine Carbonara
500g spaghetti atau linguine atau fettucine - rebus dgn sedikit minyak, toskan
olive oil atau butter untuk menumis
1 labu bawang besar-potong dua dan hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 stok chicken cube
100g beef pepperoni
100g chicken sausage
100g button mushroom
100g kentang-potong dadu
1Tb black pepper
1tsp white pepper
1/2 tsp salt
1 tin evaporated milk (optional)
1 kotak whipped cream Emborg or any brand
Keju parut Parmesan secukupnya jika suka (topping)
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan stok dan kentang dadu, gaul hingga kentang separuh masak.
2. Masukkan beef pepperoni, chicken sausage dan mushroom, black dan white pepper, garam- gaul sekejap.
3. Masukkan susu cair dan masak hingga hampir didih, masuk Emborg dan spaghetti tadi dan gaul sekejap hingga masak. Kalau nak berkuah boleh tambah air sikit dan kalau nak pekat, kurangkan susu cair.
4. Hidangkan dgn parmesan cheese.
Nota:-
Isi untuk carbonara ni boleh masuk apa2 yang ada dalam peti, chicken fillet, seafood etc.. ikut kreativiti tapi memang jadi favorite budak2..
Susu cair tu optional, kalau takde no hal still sedap....tapi Emborg kena ada.
Labels:
RESEPI PASTA
PASTA & CHICKEN SALAD
Bahan-bahan:
250 g tricolor fussili
5-6 biji baby potato } tak de baby potato boleh guna mak potato dlm 1-2 biji
1 keping dada ayam
mayonis sket
lada hitam sket } tumbuk
garam secukup rasa
olive oil
lemon jus secoet } optional
Cara membuat:
Rebus fussili dgn sket garam sehingga lembut, toskan kemudian gaul dgn sket olive oil
Dada ayam perap dgn sket garam dan lada hitam pastu masukkan dlm oven selama 30 min, bila masak potong dadu
Baby potato rebus dgn kulit hingga empuk kemudian kupas dan potong 2
Dalam mangkuk yg besar, masukkan fussili, potato, mayonis, lada hitam, olive oil dan garam secukup rasa
Gaul sekata, sebelum dihidangkan tabur kan ayam atasnya
Labels:
RESEPI PASTA
FUSILLI GORENG
FUSILLI GORENG
Bahan-bahan:
500 g Fusilli } direbus sehingga lembut dan toskan kemudian digaul dengan sedikit minyak
1 cawan daging/isi ayam dipotong dadu atau dicincang
1 labu bawang besar } dipotong dadu
3 ulas bawang putih } dicincang halus
minyak masak untuk menumis
1 tin cendawan butang } dibelah dua
1/2 biji capsicum hijau } dipotong dadu
1/2 biji capsicum merah } dipotong dadu
4 sudu besar tomato sos
4 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara membuat:
Panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi
Masukkan daging/ayam , goreng sebentar sehingga masak.
Masukkan sos tomato, sos tiram , sos cili , kicap cair, lada sulah dan semua sayur di atas dan gaul rata.
Masukkan fusilli, gaul sebati serta rasakan garamnya dan bolehlah dihidangkan.
Nota: kalau nak lagi pedas masa tumis boleh juga masukkan cili kisar sesudu dua terpulang kpd selera masing2..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PASTA GORENG BERSAMBAL SARDIN
Bahan-bahan:
500 g makaroni atau apa2 bentuk pasta yg lain
3 sudu besar minyak masak utk menumis
1 labu bawang besar } tumbuk
2 ulas bawang putih } tumbuk
2 sudu besar cili kisar - nak lagi pedas boleh tambah lagi
2 sudu besar cili sos
425 g sardin dlm tin
200 g sawi } potong kecil
1 kiub pati ikan bilis dihancurkan - jika suka
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
Hiasan:
1 tangkai daun ketumbar} hiris
1 biji cili merah } hiris
Cara membuat:
Pasta direbus hingga lembut kemudian toskan dan digaul dgn sedikit minyak
Panaskan minyak, tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar bersama sos cili, kacau sehingga terbit minyak dan cili garing.
Bubuh sardin bersama sosnya dan kiub ikan bilis kemudian gaul sebati ( jgn hancurkan sardin, hanya potong kecil2 saja)
Masukkan sawi dan kacau lagi
Apabila sawi masak, masukkan pasta kacau sehingga pasta bersalut rata.
Bubuh garam jika perlu dan serbuk lada sulah secukup rasa
Hidangkan bersama hirisan daun ketumbar dan cili merah
Labels:
RESEPI PASTA
BAKSO
Bahan Untuk Bakso (bebola daging):
1 kg daging cincang
250 gram tepung kanji/sagu
1 sdt baking soda
3 butir telor
3 sdm bawang goreng
8 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 sdm sos tiram
2 sdm minyak bijan
2 sdm serbuk lada sulah
garam secukup rasa
Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dan daun bawang sampai harum.
2. Satukan bahan2 yg ditumis tadi dgn bahan2 lain yg tertera dan mesin/giling sampai halus.
3. Bulat2kan mengikut size yg sesuai. Ketepikan
Bahan Untuk Kuah Bakso
1? liter air rebusan daging (atau gunakan 1? liter air +1 cube beefstock)
Lada sulah secukupnya
garam secukupnya
? sdt gula
Bahan hiasan.
300 gram sawi
6 sdm minyak bijan
6 sdm kecap asin
50 gram tongcai
2 batang daun bawang, diiris tipis
2 batang seledri, diiris tipis
Cara Membuat:
Panaskan air rebusan ayam/daging di atas api,masukkan sebuk lada sulah, garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan bakso tadi hingga bakso masak (terapung).
Sawi di celurkan dlm kuah tadi, dan ketepikan.
Cara Menghidang :
Campur mi telor yg dah di celurkan dengan minyak bijan, campur sampai rata
Ambil sedikit mi/bihun dlm mangkuk secukupnya, masukkan sawi, bubuhkan sedikit kicap asin, daun bawang dan daun seledri secukupnya.
Tuangkan kuah dan tarukkan beberapa butir bebola daging.
Hidangkan panas-panas dengan sambal lampung.
Labels:
BAKSO
SOTO
SOTO
Bahan-bahan: Anggaran untuk 5-6 orang
½ ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
300 g nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi
2 sudu besar minyak untuk menumis
9 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa
Bahan penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
Bahan kisar:
4-5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu kecil lada sulah
2 biji buah keras
Bahan sampingan:
sedikit suhun } digoreng
1 tangkai daun bawang }dihiris
1 tangkai daun sup} dihiris
100 g kacang tanah }digoreng
100 g taugeh } buangkan ekornya
sedikit bawang goreng
Cara membuat:
Panaskan minyak.
Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
Keluarkan ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula kedalam kuah sup tadi.
Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.
Enak dimakan ketika kuah masih panas.
Sambal Kicap
Bahan-bahan:
10 biji cili api
7 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih
Cara membuat:
Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
Begedil
Bahan-bahan:
500 g kentang
150 g daging kisar
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ gengam bawang goreng
1 biji telur
sedikit daun sup }dimayang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
Daging digoreng hingga kering airnya.
Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa.
Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.
Labels:
RESEPI SOTO
LAKSAM TERENGGANU
Bahan-bahan membuat laksam:
2 cawan tepung beras
4 cawan air
1 sudu kecil air kapur
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata. Biarkan selama 10 minit.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung
periuk dalam pengukus.
Tuangkan satu senduk adunan ratakan nipis-nipis. Kukus hingga masak ( adunan
akan terangkat menggelembung bila masak)
Angkat dan gulung kemas-kemas (spt gambar di atas). Buat begini hingga selesai
semuanya.
Potong laksam bulat-bulat dan taburkan bahan ulam serta tuangkan kuah
scukupnya.
Letakkan sedikit sambal belacan (cili ditumbuk dgn belacan dan sedikit garam)
Sedia dihidangkan.
Bahan untuk kuah:
4 ekor ikan kembung/selayang
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah
1 biji kepala parut } diambil santannya
2 keping asam gelugur
1.5 cm halia
sedikit garam
Cara membuat kuah:
Ikan kembung dibersihkan kemudian direbus hingga masak.
Toskan kemudian ambil isi ikan ditumbuk hingga lumat.
Tumbuk bawang merah, lada hitam dan halia hingga lumat.
Masukkan semua bahan tumbuk serta santan dalam periuk, masukkan asam
gelugur dan garam secukup rasa.
Jerang di atas api hingga mendidih dan sebati.
Bahan untuk ulam:
Daun kesum } dimayang halus
Kacang panjang } dimayang
Timun } dimayang
Daun selasih/kemangi } dimayang
Taugeh } buang ekor
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSAM
Bahan-bahan untuk laksam
2 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
5 1/2 cawan air sejuk
1/2 cawan air panas mendidih
loyang bulat atau tudung periuk - lenser dengan sedikit minyak masak
(kalau nak cepat, gunakan 4-6 biji) periuk kukus - masak air hingga mendidih
Cara membuatnya
Campurkan tepung beras dan tepung gandum. Masukkan air sejuk. Kacau
rata-rata. Tuangkan air panas. Kacau rata-rata dan sedia untuk dikukus.
Cara mengukusnya.
Masukkan loyang atau tudung periuk ke dalam periuk kukus. Pastikan air
betul-betul mendidih untuk mengukus. Tuangkan satu atau satu setengah
senduk adunan tepung ke atas tudung periuk.. Jangan sampai melimpah tudung
periuk. Kukus sehingga masak. Untuk memastikan laksam dah masak, bila
tutup kukus dibuka, adunannya akan kelihatan mengelembung. Itu menandakan
dah
masak. Jadi, bolehlah diangkat..Biarkan sejuk sedikit, lepas tu bolehlah
digulung. Ulang proses hingga adunan tepung habis.
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSA SARAWAK
Bahan-bahan A
60ml @ 1/4 cawan minyak sayuran
300g udang yang kecil, dibuang kulit dan urat dan dicincang lumat-lumat
1 ekor (1kg) ayam, dibersihkan dan dipotong empat
2 sudu besar hirisan daun ketumbar + hirisan 1 tangkai lagi untuk menghias
2 liter @ 8 cawan santan, diperah drpd. 2bj kelapa parut dan 2 liter@8 cwn. air
30g @ 1/4 cwn. bijan yg. digoreng tanpa minyak, ditumbuk
86g @ 1/2 cwn kacang tanah, ditumbuk
air perahan drpd. 1 bj. limau nipis
garam
gula
500g mi laksa atau bihun atau mi kuning, dicelur sejurus sebelum menghidang
Sambal Udang Kering (rujuk resepi)
10 biji limau kesturi, dibelah dua.(nampaknya sesiapa yang di luar negara kena guna limau nipis sahajalah kalau tak jumpa limau ini)
Dikisar halus-halus
15 ulas bawang merah, dikupas
6 ulas bawang putih, dikupas
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
2cm lengkuas, dikupas
4 batang serai, dihiris halus-halus
1 sudu teh belacan.
Cara
1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang dan ayam, tutup periuk dan masak di atas api kecil selama 2 minit.
2. Tambah 2 sudu besar hirisan daun ketumbar dan santan. Renihkan selama 30 minit.
3. Masukkan bijan, kacang tanah, air limau nipis, garam dan gula. Perasakan dengan garam dan gula.
4. Hidang panas-panas dengan mi laksa, bihun atau mi kuning, daun ketumbar selebihnya, sambal udang kering dan limau kesturi.
tips: Laksa ini boleh juga dihias dengan hirisan cili merah dan timun
Sambal Udang Kering
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak masak
15 tangkai cili kering, dibuang biji, direndam dengan air dan dituskan
6 ulas bawang merah, dikupas dan ditumbuk
55 g @ 1/2 cawan udang kering, direndam dengan air, dituskan dan ditumbuk.
1 sudu besar air asam, diperah drpd 1 sudu teh asam jawa dan 1 sudu besar air.
garam
gula
Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili dan bawang merah di atas api kecil sehingga wangi.
2. Tambah udang kering, air asam, garam dan gula.
3. Masak sehingga sambal pekat.
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSA JOHOR
Bahan-bahan: Anggaran untuk 6-7 orang
500 g spaghetti- direbus hingga lembut.
500 g ikan selayang/parang }direbus
150 g udang basah- direbus }
50 g udang kering }
1/2 sudu besar ketumbar }
1/2 sudu besar jintan manis }
1/2 sudu kecil jintan putih } dikisar
2 cm halia }
1 cm lengkuas }
2 ulas bawang putih }
5 ulas bawang merah }
1 batang serai }
1 sudu makan kerisik
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji kelapa - jadikan 4 cawan santan
garam secukup rasa
2 keping asam keping/gelugor
4 sudu besar minyak untuk menumis
Cara membuat kuahnya:
Rebus ikan seketika. Tapis tetapi air rebusan jangan dibuang. Ambil isi ikan dan
kisar bersama udang basah & kering.
Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang telah dikisar bersama cili kisar
(kecuali ikan dan udang) dan rempah sehingga garing.
Masukkan santan, air rebusan ikan, kerisik, asam keping, ikan dan udang yang
telah dikisar halus
Biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak. Jika kuah terlalu pekat boleh
tambahkan sedikit air.
Spaghetti direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk
mengelakkan ianya melekat antara satu sama lain.
Bahan Ulam:
1 biji timun
1 kuntum bunga kantan
4 batang kacang panjang
4 biji limau kasturi
20 helai daun selasih
Sedikit daun kesum
200 g taugeh
Cara menyediakan ulam:
Timun, bunga kantan, daun kesum, daun selasih dan kacang panjang dipotong
halus.
Taugeh dibuang ekor (jangan dicelur)
Limau kasturi dibelah 2.
Cara menghidang:
Letakkan spaghetti di dalam pinggan kemudian letakkan kuah, ulam dan
ditambahkan dengan sambal belacan dan limau kasturi.
daun kesom
bunga kantan
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSA ASAM KEDAH
500 g laksa } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan parang/kembung/selayang
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
1 pt (600 ml) air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
1 kuntum bunga kantan
* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air
Bahan kisar:
1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Ulaman/hiasan:
1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka
Cara membuat:
Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut.
Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, bunga kantan dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSA ASAM KEDAH
500 g laksa } direbus/celur hingga lembut
800 g ikan parang/kembung/selayang
2 1/2 pt (1500 ml) air
1/2 cawan asam jawa *
1 pt (600 ml) air *
sedikit gula
garam secukup rasa
MSG jika suka
1 kuntum bunga kantan
* ambil air asam jawa dgn mencampurkan asam jawa dgn air
Bahan kisar:
1 btg serai
1 inci lengkuas
10 ulas bawang merah
8 tangkai cili kering
4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
1/2 inci kunyit hidup
1 inci belacan
Ulaman/hiasan:
1/4 biji nenas (dipotong kecil)
1/2 btg timun (dipotong halus)
4 tangkai cili merah (dihiris)
2 labu bawang besar (dimayang)
beberapa tangkai daun pudina
petis udang jika suka
Cara membuat:
Masukkan air & ikan ke dlm periuk. Bila mendidih, perlahankan api biarkan mereneh selama 10 minit
Tutup api, keluarkan ikan dan simpan air rebusan ikan tadi.
Asingkan tulang/kepala dgn isi ikan dan hancurkan isi ikan tersebut.
Masukkan ke dalam periuk air rebusan ikan, bahan kisar, air asam jawa, bunga kantan dan garam secukup rasa, biarkan sehingga mendidih
Masukkan isi ikan dan renehkan selama 5-10 min.
Utk menghidangkan letakkan laksa di dlm mangkuk diikuti dgn bahan hiasan/ulaman dan tuangkan kuah diatasnya.
Hidang panas-panas.
Labels:
RESEPI LAKSA
LAKSA ASAM
Bahan
1/2 kg ikan kembung, direbus dan diambil isinya lalu dikisar halus
1 bungkus laksa kering, [direndam sehingga lembut lalu direbus sehingga empuk ketepikan ]
8 keping asam gelugur
1 kuntum bunga kantan [belah 4]
3 tangkai daun kesum
10 biji limau kesturi, dibelah dua & buang biji
air rebusan ikan
Garam secukup rasa
1 batang serai [ketuk pecah2]
1/2 cawan jus asam jawa
sikit minyak
Bahan A (Dikisar halus):
5 cm belacan
10 tangkai cili kering yang direbus
1nci lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 s/b belacan
Bahan (Dihiris halus):
1 bawang timun
2 biji bawang besar
1/2 biji nanas
2 biji cili merah
daun selum
Cara membuat kuah:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan serai & bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan isi ikan, air rebusan ikan, asam gelugur, jus asam jawa, daun kesum, dan bunga kantan.
3. Masak sehingga mendidih. Rasakankan garam secukupnya.
4. Renihkan sehingga pekat.
Cara menghidang:
Masukkan laksa ke dalam mangkuk, tuang kuah laksa ke atasnya dan hiaskan dengan bahan yg dihiris serta limau kesturi.
NOTA...Kalau nak tambah kuah petis [otak udang tu]..cairkan otak udang dengan sikit air panas dan masukkan dalam pinggan hidangan laksa..sedapnya..
Labels:
RESEPI LAKSA