Tuesday, February 9, 2010

NASI LEMAK PANDAN



Bahan-bahan
1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar, digoreng
1 kg kepak ayam, digoreng
250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
beberapa helai daun pisang


Cara Menyediakan
Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.

Cara menghidang
Alas pinggan dengan sehelai daun pisang. Ambil satu mangkuk nasi, letakkan ditengah-tengah pinggan. Atur disekelilingna dengan sedikit sambal, seekor ikan goreng, sekeping ayam goreng, ikan bilis, beberapa hirisan timun dan rempeyek atau keropok belinjau. Nasi ini cukup untuk hidangan 10 orang.

0 comments: