Tuesday, February 9, 2010

Spaghetti Bolognese



Bahan – bahan

Sebungkus spaghetti - direbus bersama sedikit minyak
sedikit olive oil untuk menumis
500gm daging cincang
sebiji bawang besar
1/2 tin tomato puree
1 sendok tomato sauce
sebiji tomato )
sebatang carrot } potong dadu
1/2 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil serbuk basil
1/2 sudu kecil serbuk paprika
Keju parut Parmesan secukupnya
2 helai daun bay

Cara membuatnya :

1. Tumiskan bawang besar hingga naik baunya
2. Masukkan daging cincang, biarkan seketika
3. Masukkan pula tomato puree dan sedikit tomato sauce . Kacau lagi
4. Masukkan,oregano,basil, paprika dan daun bay
5. Masukkan pula carrot dan tomato ...juga garam dan gula secukupnya
6. Kacaukan sekali sekala hingga masak
7. Semasa menghidang , letakkan kuah dan keju parut diatas spaghetti .

0 comments: